|
KICK 2011; Terima Kasih Atas Sokongan Anda! |
|
|
|
|
Ditulis Oleh pengurus
|
|
Selasa, 03 Januari 2012 |
|
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi!
Tuan/Puan,
Kami dari DMFK Inspirations Sdn Bhd ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan Tuan/Puan terhadap Kem Inspirasi, CHARISMA dan Kepemimpinan (KICK) 2011 yang dianjurkan di Excel Training Resort pada tarikh 4 hingga 6 Disember (Sesi 1) dan 11-13 Disember (Sesi 2).
Penyertaan
anak-anak Tuan/Puan bukan sahaja telah menjayakan program KICK, malahan
telah membantu kami mendekati anak-anak muda hari ini dalam usaha
membentuk generasi masa hadapan yang berilmu, berkharisma dan
berkepemimpinan. Harapan kami agar ilmu-ilmu yang mereka dapati
sepanjang program tersebut dapat diingati dan dipraktikkan dalam
kehidupan seharian dan semoga sebarang perubahan kecil atau besar yang
dapat dilihat dapat dikekalkan dengan bantuan doa Tuan/Puan.
Untuk melihat koleksi gambar dan video untuk kedua-dua sesi, sila klik pautan yang diberi:
Gambar - https://picasaweb.google.com/106186605979642113128
Video - Sesi 1 dan Sesi 2
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf
sekiranya terdapat beberapa kekurangan sepanjang pengendalian kem ini.
Segala yang baik datangnya dari Allah swt dan yang cela itu datangnya
dari kelemahan kami sendiri.
Sila kunjungi laman web ini untuk mendapatkan maklumat terkini tentang program-program yang dikendalikan oleh DMFK Inspirations.
Wassalam
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Selasa, 03 Januari 2012 )
|