• Laman Utama
  • Tentatif Program
  • Cara Pendaftaran
  • Cara Pembayaran
  • Peta Lokasi
  • Hubungi Kami
  • FAQ

 

 

    

Jangan Lupa Bawa Bersama

Alat tulis
Pakaian Kuliah (Kasual, Sopan & Kemas)
Pakaian sukan untuk 3 hari 2 malam
Kasut sukan
Pakaian tidur
Tudung hitam (perempuan)
Barangan peribadi (Tuala, berus gigi, dll)
Ubat-ubatan (jika mempunyai penyakit)

 

 

26 Mac 2013
08.00 am – 10.00 am Pendaftaran Peserta
10.00 am – 13.00 pm Taklimat Program
 
  • Taklimat Ibu Bapa Bersama Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
  • Taklimat Peserta /Ice Breaking
2.30 pm – 4.30 pm Sesi 1: Membongkar Kecemerlangan Pelajar
  Peserta Bersama Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
5.00 pm – 6.30 pm Aktiviti 1 : 'Management Games'
 
  • Konsep Kepimpinan
  • Pengurusan Masa
  • Memahirkan Amalan Harian Seperti Doa Dan Surah-Surah
9.00 pm – 11.00 pm Aktiviti 2 : 'Merentas Alam'
 
  • Bijak Menyusun Strategi
  • Memahami Konsep Perlu Adanya Ilmu
  • Menghargai Kehidupan
   
28 Mac 2013
08.30 am – 10.30 am Sesi 2 : Sistem Belajar Cemerlang
 
  • Perubahan Sikap & Motivasi
  • Stail Pembelajaran
  • Teknik Pembelajaran Intipati
11.00 am – 1.00 pm Sesi 3 : Bengkel Teknik Belajar
 
  • Belajar Teknik Membuat ‘Mind Mapping’
  • Teknik Menguatkan Memori
  • Teknik Membaca Dengan Pantas
Teknik Membuat Nota
2.30 pm – 4.30 pm Sesi 4 : "Kenapa Perlu Berilmu & Beramal Dengannya…"
 
  • Kefardhuan Yang Ditetapkan Oleh Allah Terhadap Manusia
  • Meningkatkan Keghairahan Untuk Menuntut Ilmu
  • Menggunakan Ilmu Ke Landasan Yang Betul
5.00 pm – 6.30 pm Aktiviti 3 : Little Master Chef...
 
  • Teamwork
  • Konsep Bersyukur
  • Konsep Hormat-Menghormati
9.00 pm - 11.00 pm Aktiviti 4 : 1,2,3 Action!!"
 
  • Bijak Berkomunikasi
  • Mencungkil Sifat Keberanian
  • Pantas Berfikir & Bertindak
  • Bijak Mengaplikasikan Ilmu
   
28 Mac 2013
08.30 am– 10.30 am Aktiviti 5 : Plan To Sucssess!
 
  • Bijak Berkomunikasi
  • Mencungkil Sifat Keberanian
  • Pantas Berfikir & Bertindak
10.30 am – 12.00 t/h Sesi 5 : Lambaian Azam
 
  • Re-Cap & Merangka Plan Tindakan
  • Kontrak Diri & Aku Janji
  • Cabaran 40 Hari
   

 

 

 

 

 

Untuk pendaftaran, berikut adalah perkara-perkara yang diperlukan:

         1. Nama Penuh Penjaga (ejaan tepat)
         2. Nombor Kad Pengenalan Penjaga

         3. Nombor Telefon, Alamat E-mel dan Alamat Surat Menyurat
         4. Nama Penuh Anak/Peserta (ejaan tepat)
         5. Umur Peserta
         6. Nombor Kad Pengenalan / Surat Beranak Peserta

     

 

Hubungi kami di pejabat DMFK Inspirations Sdn Bhd (03 8925 5292 atau 03 8925 5250) untuk sebarang pertanyaan.

 

Maklumat bayaran adalah seperti berikut :

Langkah 1

Melalui CIMB ( 1237 0001 3611 00 ) atas nama DMFK INSPIRATIONS SDN BHD.

Langkah 2

Isi Borang Pemakluman Pembayaran Program Di Sini

 

 

 

Hubungi kami di pejabat DMFK Inspirations Sdn Bhd (03 8925 5292 atau 03 8925 5250) untuk sebarang pertanyaan.

 

::DISCLAIMER::

*Pembayaran deposit hendaklah dibuat SEBELUM 22 MAC 2013.

*Pendaftaran yang tidak membayar deposit sebelum tarikh akhir pembayaran deposit akan digugurkan.

*Pembatalan yang dibuat 7 hari sebelum hari program, wang deposit hanya akan dipulangkan sebanyak 50% sahaja.

 

 

 

Pejabat DMFK INSPIRATIONS

Isnin - Jumaat

8.30am - 5.30pm

Telefon: 03 8925 5292/ 03 8925 5250/ 03 8912 0539

 

Talian SMS

Isnin - Ahad

019 244 5292

 

Email

inspirecamp.dmfk@gmail.com

 

 

    

 

1. Apakah fokus Inspire Camp?

Kem ini bertujuan menghayati dan mengaplikasi langkah-langkah berkesan untuk membantu proses pembelajaran para peserta.



2. Bagaimana pula dengan keberkesanan kem? Adakah peserta dijamin akan mengalami perubahan yang berterusan?

Dengan jangkamasa 3 hari 2 malam, kem ini hanya mampu MENCETUS INSPIRASI peserta untuk berubah ke arah transformasi yang positif.

Selepas tempoh ini, peserta-peserta akan kembali ke pangkuan ibu-bapa dan menghabiskan sebahagian besar masa mereka di rumah, bersama keluarga. Impak yang dihayati hasil daripada kem ini diharap dapat dikekalkan dengan bantuan dan sokongan ibu-bapa di rumah.

Untuk memastikan usaha ini dapat dijalankan, ibu-bapa sangat digalakkan untuk menghantar sendiri anak-anak mereka supaya dapat meluangkan masa dalam taklimat 2 jam bersama Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Beliau akan menerangkan kepada ibu-bapa akan peranan mereka dalam memastikan perubahan yang berkekalan di dalam diri anak-anak (sila rujuk aturcara program).



3. Apakah jenis aktiviti riadah dan outdoor yang akan dibuat? Dikhuatiri anak saya yang menghidap penyakit asthma (dll) tidak dapat mengikuti dengan baik.

Sebagai riadah atau energy booster, setiap pagi dan petang, hanya aktiviti regangan ringan akan dijalankan sebelum peserta-peserta mengikuti kuliah dan bengkel.

Tiada sebarang aktiviti outdoor yang ekstrim akan dijalankan. Walaubagaimanapun, sila maklumkan fasilitator kumpulan anak anda sekiranya anak anda mempunyai alahan-alahan tertentu supaya anak anda boleh dipantau atau dikecualikan daripada aktiviti fizikal.

Aktiviti outdoor akan dipantau rapi oleh kumpulan fasilitator, staff-staff Excel Training Resort dan juga urusetia-urusetia daripada DMFK Inspirations Sdn Bhd.



4. Bagaimana pula jika hari hujan? Adakah aktiviti outdoor akan tetap diteruskan?

Tidak. Kem akan diteruskan dengan aktiviti di dalam dewan.



5. Bolehkah ibu-bapa yang datang dari jauh menginap di resort yang sama?

Untuk kem ini, kami menggunakan semua bilik (dorm dan chalet) yang ada untuk kegunaan peserta-peserta kem. Ibu-bapa dinasihatkan menginap di hotel-hotel berhampiran Pekan Semenyih atau Kajang.

Hotel yang terdekat adalah Smart Hotel di Pekan Semenyih. Sila layari http://www.smarthotel.com.my/semenyih.htm untuk tempahan.



6. Bagaimanakah fasilitator-fasilitator program akan mengendalikan bilangan peserta yang besar setiap sesi?

Untuk tujuan crowd control, peserta-peserta akan dibahagikan mengikut kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Seorang fasilitator akan bertanggungjawab menjaga 10-15 pelajar untuk memastikan peserta-peserta selamat dan memahami pengisian kem.

Aktiviti outdoor juga akan bergerak dalam kumpulan dan mengikut giliran.



7. Saya mendaftar anak saya bersama abang/kakaknya. Bolehkah mereka menginap di dalam bilik yang sama?

Peserta-peserta kem akan diasingkan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah semasa aktiviti dalam kumpulan. Untuk tujuan membina kendiri serta membolehkan anak-anak anda bergaul dan meluaskan kenalan, kami menggalakkan anak-anak anda tinggal di bilik berasingan.



8. Anak saya masih berumur kurang dari 10 tahun tetapi saya berminat untuk beliau menyertai kem ini.

Mengikut kajian, program atau kem yang berunsurkan motivasi dan jatidiri, pengisiannya lebih sesuai untuk pelajar-pelajar yang berumur 10-17 tahun.

Untuk pelajar-pelajar yang berumur kurang dari 10 tahun, mereka memerlukan pengisian yang lebih grafik, kreatif dan berilustrasi. Dibimbangi pengisian kem ini tidak sampai kepada mereka.

Tambahan, di usia semuda itu, seelok-eloknya IBU-BAPA yang digalakkan menyertai seminar keibu-bapaan kerana pada usia tersebut, ibu-bapa merupakan individu yang paling dekat dengan anak dan memainkan peranan yang cukup besar dalam membina sahsiah dan jatidiri mereka.



9. Apakah kod pemakaian sepanjang kem dijalankan?

Kod pemakaian adalah KASUAL, SELESA dan SOPAN. Peserta perempuan digalakkan bertudung atau membawa tudung untuk sesi ibadah. Jangan lupa bekalkan telekung untuk tujuan solat berjemaah.