Anda disini: Utama

Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK)

Bakul Shopping

Bakul Anda Kosong.

Produk Terpilih

MENANGANI ANAK BERMASALAH
MENANGANI ANAK BERMASALAH
RM19.00

PETUA SENTIASA CERIA
PETUA SENTIASA CERIA
RM19.00

MENEMPUH GERBANG PERKAHWINAN
MENEMPUH GERBANG PERKAHWINAN
RM19.00

EXCEL SUPREME (SUPPLEMENT FOOD)
EXCEL SUPREME (SUPPLEMENT FOOD)
RM35.00

Entri Blog DMFK Terkini...
TRANSFORMASI SYARIKAT MENJADI ORGANISASI TERBILANG (1 hari)
Ditulis Oleh Administrator   
Selasa, 24 Ogos 2010

Pengenalan

Penjenamaan semula SYARIKAT untuk menjadi organisasi terbilang memerlukan transformasi yang bersepadu. Organisasi yang tidak berinovasi akan menjadi jumud dan tidak berdaya maju. Setiap SYARIKAT cuma boleh berubah ke arah kecemerlangan jika setiap warganya menjalani transformasi diri secara yang berimpak dan berterusan.

Menyedari hakikat ini Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dengan bangganya menawarkan khidmat profesionalnya untuk mengendalikan kursus “Transformasi Syarikat Menjadi Organisasi Terbilang.”

Kursus ini dibentuk khas untuk pelbagai syarikat berdasarkan kajian, pemerhatian dan pengalaman menjalankan “Transformasi Diri” untuk kakitangan Shell Malaysia, Petronas, Media Prima, Maybank Islamic Banking, Bintulu Port, Keretapi Tanah Melayu, Takaful Malaysia, Sime Darby dan lain-lain agensi kerajaan dan swasta.

Objektif Kursus
Setelah menjalani kursus ini, peserta akan dapat:

1. Mengenalpasti kekuatan, keunikan, kelemahan dan potensi diri.

2. Mengubah paradigma diri, paradigma terhadap orang lain dan paradigma terhadap agensi pelanggan.

3. Memahami dan peka terhadap cabaran dan masalah untuk transformasi diri dan memajukan agensi pelanggan.

4. Memahami kaedah tranformasi diri dan transformasi agensi pelanggan ke arah kecemerlangan.

5. Merancang dan merealisasikan transformasi diri dan transformasi agensi pelanggan ke arah kecemerlangan.

Aturcara Kursus

09:30 - 10:30pg Sesi 1: Analisis Kendiri
10:30 - 11:00pg Rehat dan perbincangan tidak formal
11:00 - 01:00tgh Sesi 2: Masalah dan Cabaran Untuk Tansformasi
01:00 - 02:15ptg Rehat dan Solat Zohor Berjemaah
02:15 - 03:30ptg Sesi 3: Langkah Bijak Pekerja Cemerlang
03:30 - 04:30ptg Sesi 4: Merealisasikan Transformasi Diri
04:30 - 05:00ptg Majlis Bersurai

Metodologi Kursus

Syarahan, penerangan dengan menggunakan LCD projector, perbincangan, kaunseling peribadi, doa-doa harian.

Fasilitator Kursus

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah b. Kamsah
Pengarah Urusan/Perunding Utama,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

Peserta-Peserta Kursus

Kursus ini adalah dirancang untuk semua pegawai dan kakitangan daripada agensi pelanggan.

Tarikh dan Tempat Kursus

Tarikh dan tempat kursus akan ditentukan oleh pihak agensi pelaggan. Perbincangan dengan pihak kami amat dialu-alukan.

Bayaran Pakej Kursus

Bayaran pakej yang diminta adalah sebanyak RM10,000.00(Sepuluh Ribu Ringgit Sahaja) di mana pakej ini menampung kos - kos berikut:
* Bayaran khidmat penceramah
* Nota kursus (mastercopy)
* Bayaran khidmat urusetia

Lain-lain kos seperti makan minum, penginapan, elaun perbatuan (mileage), tiket penerbangan (Business Class), (Jika berkaitan) peralatan latihan seperti P.A System, Collar Mic, LCD Projektor akan disediakan oleh pihak agensi pelanggan.

Maklumat lanjut, sila hubungi

Maklumat lanjut, sila hubungi :
ROHANI BINTI HAJI SAAD / NORHISHAM BIN ABDULLAH
Perunding Latihan / Penolong Eksekutif Latihan
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
03 – 8926 2501, 2502 samb:130
016 – 6076 755, 013 – 256 5963
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya , Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
www.excel-training.com.my

 
60 Petua Mendapatkan Pasangan
Ditulis Oleh Administrator   
Selasa, 24 Ogos 2010

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

 
Pemantapan Profesionalisme Dalam Pekerjaan (2 hari)
Ditulis Oleh Administrator   
Selasa, 24 Ogos 2010

Tujuan

Modul latihan ini direka untuk membentuk dan memantapkan “profesionalisme dalam budaya kerja” dikalangan pekerja-pekerja di Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan persaingan mereka bagi menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan.

Objektif Kursus:

Setelah menjalani kursus ini, peserta akan dapat:

1. Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, dan potensi diri untuk membentuk profesionalisme dalam bekerja.

2. Memahami kaedah untuk menggerakkan perubahan diri dan seterusnya mengekalkan perubahan dalam diri bagi membentuk
budaya kerja profesional.

3. Memahami dan mengamalkan ciri-ciri pekerja dan pasukan yang cemerlang.

4. Meningkatkan kemahiran hubungan inter-personal dan kemahiran hubungan kemanusiaan.

5. Menyedari dan lebih peka mengenai kepentingan kerjasama dan teknik membentuk pasukan kerja yang cemerlang.

Aturcara Program

Hari Pertama

08:00 - 09:00 pg. Pendaftaran, suaikenal dan Taklimat Ringkas

09:00 - 10:30 pg. Sesi 1: Penganalisisan Kendiri

10:30 -11.00 pg Minum Pagi dan perbincangan tidak formal

11.00 – 12.30 t/h Sesi 2: Perubahan Diri Bersepadu Ke Arah Pemantapan “Profesionalisme Dalam Pekerjaan”

12:30 - 02:30 ptg. Makan Tengahari dan Solat Zohor Berjemaah

02:30 - 04:30 ptg. Sesi 3: Profil Sosio-Psikologikal Pekerja Profesional

04:30 - 05:00ptg. Minum Petang dan perbincangan tidak formal

Hari Kedua

08:30 - 09:00 pg. Sarapan Pagi dan Persiapan Diri

09:00 – 10:30pg. Sesi 4 : Kerjasama Dalam Pembinaan Pasukan Kerja

10:30 - 11:00 pg. Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal

11:00 - 12:30 tgh. Sesi 5: Memahami dan Mengamalkan Kepentingan Hubungan Inter-Personal

12:30 - 02:30 ptg. Makan Tengahari dan Solat Zohor Berjemaah

02.30 – 04.00 ptg. Sesi 6: Pelaksanaan Rangka Tindakan Pembangunan Diri Yang Bersepadu

04.00 – 04.30 ptg * Penilaian Kursus
* Penyampaian Sijil
* Penutup
* Minum petang

Metodologi Kursus

Syarahan, penerangan dengan menggunakan LCD projektor, perbincangan, bengkel, soal jawab, kaunseling peribadi/kumpulan dan doa-doa harian.

Fasilitator Kursus

1. Prof. Haji Mohd Hanim b. Mohd Tahir,
Pengarah Eksekutif/Perunding Utama,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

2. Pn. Rohani bt Hj. Saad,
Perunding Latihan,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

Peserta Kursus

Kursus ini dicadangkan untuk pegawai-pegawai dan kakitangan agensi pelanggan. Bilangan peserta untuk program ini diantara 40 - 45 untuk setiap sesi.

Tarikh dan Tempat Kursus

Tarikh dan tempat kursus akan ditentukan oleh pihak agensi pelanggan. Perbincangan dengan pihak Excel Training amat dialu-alukan.

Bayaran Pakej Kursus

Bayaran yang diminta untuk mengendalikan kursus ini ialah sebanyak RM 12,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Belas Ribu Sahaja) untuk 2 hari. Bayaran ini akan merangkumi kos-kos seperti berikut:
* Bayaran Khidmat fasilitator
* Nota kursus
* Bahan kursus (Fail, pen)
* Sijil kecemerlangan
* Khidmat urusetia
* Laporan penilaian kursus

Sebarang persoalan, sila hubungi:

ROHANI BINTI SAAD / NORHISHAM B. ABDULLAH
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
016 - 607 6755 / 019 - 603 0075

 
KURSUS TAHUN 2011
Ditulis Oleh Administrator   
Isnin, 09 Ogos 2010

Assalamualaikum w.b.t. dan salam motivasi.

Untuk makluman, EXCEL TRAINING & CONSULTANCY (M) SDN. BHD. yang diketuai Y.Bhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Haji Kamsah akan mengendalikan pelbagai kursus popular pada tahun 2011 kepada organisasi samada pihak kerajaan, NGO mahupun pihak swasta.

Antara kursus atau program yang ditawarkan pada tahun 2011 ialah:

1) KECEMERLANGAN DALAM PEMBINAAN PASUKAN KERJA (Team Building Course)

2) MOTIVASI DAN KESERONOKAN BEKERJA (Joys Of Working)

3) PENGURUSAN STRES DITEMPAT KERJA (Stress Management At Work Place)

4) 55 LANGKAH BIJAK PEKERJA TERBILANG (55 Step How Become A Smart Worker)

5) TRANSFORMASI DIRI MELALUI KAEDAH 10Q’s

6) MENGANGKASA IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR

7) MOTIVASI TEKNIK BELAJAR (TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN)

8) MOTIVASI TEKNIK BELAJAR (KEM BIJAK PERIKSA)

9) MOTIVASI TEKNIK BELAJAR (PEMANTAPAN JATI DIRI)

Kepada organisasi yang berminat menjalankan program diatas, sila hubungi pegawai dibawah untuk maklumat lanjut. PUAN ROHANI SAAD (016-607 6755) atau HISHAM ABDULLAH (019-603 0075) atau emelkan persoalan tuan/puan ke Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya , Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya , Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

Pegawai diatas juga boleh dihubungi sekiranya terdapat organisasi yang ingin menjemput Y.Bhg. Dato’ Fadzilah Kamsah untuk sesi ceramah atau seminar untuk pelbagai tajuk.

“MERANGSANG ORANG LAIN KE ARAH KECEMERLANGAN”

EXCEL TRAINING & CONSULTANCY

Kemas Kini Terakhir ( Isnin, 09 Ogos 2010 )
 
EXCEL EDUKID CENTRE
Ditulis Oleh Administrator   
Jumaat, 23 Julai 2010
page1.jpg
Kemas Kini Terakhir ( Jumaat, 23 Julai 2010 )
Keseluruhan artikel...
 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 1 - 5 dari 20

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Belum berdaftar? Daftar

Dalam Talian

Ketika ini seramai 18 tetamu online

Negara Pengunjung

 87 % Malaysia (106613)
 3 % United States (4029)
 2 % Singapore (2599)
 2 % Brunei Darussalam (1883)
 < 1.0 % Unknown (1238)
119222 kunjungan daripada 106 negara

Statistik Kunjungan

Hari Ini: 57
Semalam: 105
Bulan Ini: 1406
Jumlah Kunjungan: 119222

Khidmat Sokongan

Sila hubungi kami jika anda mempunya sebarang maklumbalas.

  • Tel: +603-8926.2501
  • Fax: +603-8926.2504
  • Email: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

Bancian

Apa pendapat anda mengenai laman web ini?