Anda disini: Utama arrow Program Excel Training

Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK)

Bakul Shopping

Bakul Anda Kosong.

Program Excel Training
TRANSFORMASI SYARIKAT MENJADI ORGANISASI TERBILANG (1 hari) PDF Cetak E-mail
Ditulis Oleh Administrator   
Selasa, 24 Ogos 2010

Pengenalan

Penjenamaan semula SYARIKAT untuk menjadi organisasi terbilang memerlukan transformasi yang bersepadu. Organisasi yang tidak berinovasi akan menjadi jumud dan tidak berdaya maju. Setiap SYARIKAT cuma boleh berubah ke arah kecemerlangan jika setiap warganya menjalani transformasi diri secara yang berimpak dan berterusan.

Menyedari hakikat ini Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dengan bangganya menawarkan khidmat profesionalnya untuk mengendalikan kursus “Transformasi Syarikat Menjadi Organisasi Terbilang.”

Kursus ini dibentuk khas untuk pelbagai syarikat berdasarkan kajian, pemerhatian dan pengalaman menjalankan “Transformasi Diri” untuk kakitangan Shell Malaysia, Petronas, Media Prima, Maybank Islamic Banking, Bintulu Port, Keretapi Tanah Melayu, Takaful Malaysia, Sime Darby dan lain-lain agensi kerajaan dan swasta.

Objektif Kursus
Setelah menjalani kursus ini, peserta akan dapat:

1. Mengenalpasti kekuatan, keunikan, kelemahan dan potensi diri.

2. Mengubah paradigma diri, paradigma terhadap orang lain dan paradigma terhadap agensi pelanggan.

3. Memahami dan peka terhadap cabaran dan masalah untuk transformasi diri dan memajukan agensi pelanggan.

4. Memahami kaedah tranformasi diri dan transformasi agensi pelanggan ke arah kecemerlangan.

5. Merancang dan merealisasikan transformasi diri dan transformasi agensi pelanggan ke arah kecemerlangan.

Aturcara Kursus

09:30 - 10:30pg Sesi 1: Analisis Kendiri
10:30 - 11:00pg Rehat dan perbincangan tidak formal
11:00 - 01:00tgh Sesi 2: Masalah dan Cabaran Untuk Tansformasi
01:00 - 02:15ptg Rehat dan Solat Zohor Berjemaah
02:15 - 03:30ptg Sesi 3: Langkah Bijak Pekerja Cemerlang
03:30 - 04:30ptg Sesi 4: Merealisasikan Transformasi Diri
04:30 - 05:00ptg Majlis Bersurai

Metodologi Kursus

Syarahan, penerangan dengan menggunakan LCD projector, perbincangan, kaunseling peribadi, doa-doa harian.

Fasilitator Kursus

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah b. Kamsah
Pengarah Urusan/Perunding Utama,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

Peserta-Peserta Kursus

Kursus ini adalah dirancang untuk semua pegawai dan kakitangan daripada agensi pelanggan.

Tarikh dan Tempat Kursus

Tarikh dan tempat kursus akan ditentukan oleh pihak agensi pelaggan. Perbincangan dengan pihak kami amat dialu-alukan.

Bayaran Pakej Kursus

Bayaran pakej yang diminta adalah sebanyak RM10,000.00(Sepuluh Ribu Ringgit Sahaja) di mana pakej ini menampung kos - kos berikut:
* Bayaran khidmat penceramah
* Nota kursus (mastercopy)
* Bayaran khidmat urusetia

Lain-lain kos seperti makan minum, penginapan, elaun perbatuan (mileage), tiket penerbangan (Business Class), (Jika berkaitan) peralatan latihan seperti P.A System, Collar Mic, LCD Projektor akan disediakan oleh pihak agensi pelanggan.

Maklumat lanjut, sila hubungi

Maklumat lanjut, sila hubungi :
ROHANI BINTI HAJI SAAD / NORHISHAM BIN ABDULLAH
Perunding Latihan / Penolong Eksekutif Latihan
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
03 – 8926 2501, 2502 samb:130
016 – 6076 755, 013 – 256 5963
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya , Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
www.excel-training.com.my

 
Pemantapan Profesionalisme Dalam Pekerjaan (2 hari) PDF Cetak E-mail
Ditulis Oleh Administrator   
Selasa, 24 Ogos 2010

Tujuan

Modul latihan ini direka untuk membentuk dan memantapkan “profesionalisme dalam budaya kerja” dikalangan pekerja-pekerja di Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan persaingan mereka bagi menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan.

Objektif Kursus:

Setelah menjalani kursus ini, peserta akan dapat:

1. Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, dan potensi diri untuk membentuk profesionalisme dalam bekerja.

2. Memahami kaedah untuk menggerakkan perubahan diri dan seterusnya mengekalkan perubahan dalam diri bagi membentuk
budaya kerja profesional.

3. Memahami dan mengamalkan ciri-ciri pekerja dan pasukan yang cemerlang.

4. Meningkatkan kemahiran hubungan inter-personal dan kemahiran hubungan kemanusiaan.

5. Menyedari dan lebih peka mengenai kepentingan kerjasama dan teknik membentuk pasukan kerja yang cemerlang.

Aturcara Program

Hari Pertama

08:00 - 09:00 pg. Pendaftaran, suaikenal dan Taklimat Ringkas

09:00 - 10:30 pg. Sesi 1: Penganalisisan Kendiri

10:30 -11.00 pg Minum Pagi dan perbincangan tidak formal

11.00 – 12.30 t/h Sesi 2: Perubahan Diri Bersepadu Ke Arah Pemantapan “Profesionalisme Dalam Pekerjaan”

12:30 - 02:30 ptg. Makan Tengahari dan Solat Zohor Berjemaah

02:30 - 04:30 ptg. Sesi 3: Profil Sosio-Psikologikal Pekerja Profesional

04:30 - 05:00ptg. Minum Petang dan perbincangan tidak formal

Hari Kedua

08:30 - 09:00 pg. Sarapan Pagi dan Persiapan Diri

09:00 – 10:30pg. Sesi 4 : Kerjasama Dalam Pembinaan Pasukan Kerja

10:30 - 11:00 pg. Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal

11:00 - 12:30 tgh. Sesi 5: Memahami dan Mengamalkan Kepentingan Hubungan Inter-Personal

12:30 - 02:30 ptg. Makan Tengahari dan Solat Zohor Berjemaah

02.30 – 04.00 ptg. Sesi 6: Pelaksanaan Rangka Tindakan Pembangunan Diri Yang Bersepadu

04.00 – 04.30 ptg * Penilaian Kursus
* Penyampaian Sijil
* Penutup
* Minum petang

Metodologi Kursus

Syarahan, penerangan dengan menggunakan LCD projektor, perbincangan, bengkel, soal jawab, kaunseling peribadi/kumpulan dan doa-doa harian.

Fasilitator Kursus

1. Prof. Haji Mohd Hanim b. Mohd Tahir,
Pengarah Eksekutif/Perunding Utama,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

2. Pn. Rohani bt Hj. Saad,
Perunding Latihan,
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

Peserta Kursus

Kursus ini dicadangkan untuk pegawai-pegawai dan kakitangan agensi pelanggan. Bilangan peserta untuk program ini diantara 40 - 45 untuk setiap sesi.

Tarikh dan Tempat Kursus

Tarikh dan tempat kursus akan ditentukan oleh pihak agensi pelanggan. Perbincangan dengan pihak Excel Training amat dialu-alukan.

Bayaran Pakej Kursus

Bayaran yang diminta untuk mengendalikan kursus ini ialah sebanyak RM 12,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Belas Ribu Sahaja) untuk 2 hari. Bayaran ini akan merangkumi kos-kos seperti berikut:
* Bayaran Khidmat fasilitator
* Nota kursus
* Bahan kursus (Fail, pen)
* Sijil kecemerlangan
* Khidmat urusetia
* Laporan penilaian kursus

Sebarang persoalan, sila hubungi:

ROHANI BINTI SAAD / NORHISHAM B. ABDULLAH
Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
016 - 607 6755 / 019 - 603 0075

 
KURSUS TAHUN 2011 PDF Cetak E-mail
Ditulis Oleh Administrator   
Isnin, 09 Ogos 2010

Assalamualaikum w.b.t. dan salam motivasi.

Untuk makluman, EXCEL TRAINING & CONSULTANCY (M) SDN. BHD. yang diketuai Y.Bhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Haji Kamsah akan mengendalikan pelbagai kursus popular pada tahun 2011 kepada organisasi samada pihak kerajaan, NGO mahupun pihak swasta.

Antara kursus atau program yang ditawarkan pada tahun 2011 ialah:

1) KECEMERLANGAN DALAM PEMBINAAN PASUKAN KERJA (Team Building Course)

2) MOTIVASI DAN KESERONOKAN BEKERJA (Joys Of Working)

3) PENGURUSAN STRES DITEMPAT KERJA (Stress Management At Work Place)

4) 55 LANGKAH BIJAK PEKERJA TERBILANG (55 Step How Become A Smart Worker)

5) TRANSFORMASI DIRI MELALUI KAEDAH 10Q’s

6) MENGANGKASA IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR

7) MOTIVASI TEKNIK BELAJAR (TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN)

8) MOTIVASI TEKNIK BELAJAR (KEM BIJAK PERIKSA)

9) MOTIVASI TEKNIK BELAJAR (PEMANTAPAN JATI DIRI)

Kepada organisasi yang berminat menjalankan program diatas, sila hubungi pegawai dibawah untuk maklumat lanjut. PUAN ROHANI SAAD (016-607 6755) atau HISHAM ABDULLAH (019-603 0075) atau emelkan persoalan tuan/puan ke Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya , Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya , Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

Pegawai diatas juga boleh dihubungi sekiranya terdapat organisasi yang ingin menjemput Y.Bhg. Dato’ Fadzilah Kamsah untuk sesi ceramah atau seminar untuk pelbagai tajuk.

“MERANGSANG ORANG LAIN KE ARAH KECEMERLANGAN”

EXCEL TRAINING & CONSULTANCY

Kemas Kini Terakhir ( Isnin, 09 Ogos 2010 )
 
KURSUS 55 LANGKAH BIJAK PEKERJA TERBILANG PDF Cetak E-mail
Ditulis Oleh Administrator   
Isnin, 12 April 2010

PROGRAM 55 LANGKAH BIJAK PEKERJA TERBILANG MERUPAKAN KURSUS YANG AMAT SESUAI UNTUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN, KAKITANGAN SWASTA MAHUPUN INDIVIDU YANG MEMPUNYAI PERNIAGAAN SENDIRI. SEKIRANYA ORGANISASI KERAJAAN MAHUPUN SWASTA YANG BERMINAT MENGADAKAN KURSUS INI,

SILA HUBUNGI 016-6076 755 (ROHANI) 013-256 5963 (HISHAM).

 55langkah.jpg

 

Kemas Kini Terakhir ( Khamis, 15 April 2010 )
 
KURSUS POPULAR EXCEL TRAINING PDF Cetak E-mail
Ditulis Oleh Administrator   
Jumaat, 20 November 2009

Kursus - kursus paling popular yang menjadi pilihan pelanggan sama ada pihak kerajaan atau pihak swasta. untuk tahun 2009 ialah:

1. Kursus Kecemerlangan Dalam Pembinaan Pasukan Kerja (Team Building) 

2. Kursus Motivasi Dalam Keseronokan Bekerja (Joy Of Working)

3. Kursus Menjana Insan Seimbang Melalui Kaedah 10Q’s

4. Kursus Penjenamaan Semula Organisasi (Rebrending)

5. 55 Langkah Bijak Pekerja Terbilang

6. Langkah Bijak Usahawan Terbilang

7. Pengurusan Stres Yang Berkesan

8. Budaya Kerja Cemerlang (Positive Work Culture) 

9. Ibubapa Sebagai Motivator

10. Revolusi Dalam Teknik Mendidik Anak-Anak

Sekiranya organisasi tuan/puan berminat untuk menganjurkan sebarang kursus, sila hubungi kami di talian 013 - 256 5963 (En. Norhisham Abdullah)   @ 016 - 6075 755 (Pn. Rohani Saad) atau emailkan kepada Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya  atau Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya .

MERANGSANG ORANG LAIN KE ARAH KECEMERLANGAN 

 

Kemas Kini Terakhir ( Isnin, 23 November 2009 )
 

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Belum berdaftar? Daftar