Anda disini: Utama

Website Rasmi Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK)

Bakul Belian

Bakul Anda Kosong.

Program-program

PENGUMUMAN PENTING!

Dimaklumkan kepada semua bahawa www.fadzilahkamsah.com merupakan website DMFK yang sah dan tulen di bawah pengurusan DMFK Inspirations Sdn Bhd. Juseru sesiapa jua yang ingin berurusan dengan DMFK dinasihatkan hanya menggunakan website ini SAHAJA. Kerjasama dan sokongan semua adalah amat dihargai sebagai usaha untuk menggelakkan penyalahgunaan nama dan juga syarikat DMFK Inspirations Sdn Bhd.
Entri Blog DMFK Terkini...
KICK 2011; Terima Kasih Atas Sokongan Anda!
Penilaian Pengguna: / 0

 Assalamualaikum dan Salam Inspirasi!

 

Tuan/Puan,

Kami dari DMFK Inspirations Sdn Bhd ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan Tuan/Puan terhadap Kem Inspirasi, CHARISMA dan Kepemimpinan (KICK) 2011 yang dianjurkan di Excel Training Resort pada tarikh 4 hingga 6 Disember (Sesi 1) dan 11-13 Disember (Sesi 2).

Penyertaan anak-anak Tuan/Puan bukan sahaja telah menjayakan program KICK, malahan telah membantu kami mendekati anak-anak muda hari ini dalam usaha membentuk generasi masa hadapan yang berilmu, berkharisma dan berkepemimpinan. Harapan kami agar ilmu-ilmu yang mereka dapati sepanjang program tersebut dapat diingati dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan semoga sebarang perubahan kecil atau besar yang dapat dilihat dapat dikekalkan dengan bantuan doa Tuan/Puan.
 

Untuk melihat koleksi gambar dan video untuk kedua-dua sesi, sila klik pautan yang diberi:

Gambar - https://picasaweb.google.com/106186605979642113128

Video - Sesi 1 dan Sesi 2

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya terdapat beberapa kekurangan sepanjang pengendalian kem ini. Segala yang baik datangnya dari Allah swt dan yang cela itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.

Sila kunjungi laman web ini untuk mendapatkan maklumat terkini tentang program-program yang dikendalikan oleh DMFK Inspirations.


Wassalam

Kemas Kini Terakhir ( Selasa, 03 Januari 2012 )
 
Mengapa Perlu Jadi Menarik?
Penilaian Pengguna: / 11

Mengapa Perlu Jadi Menarik?

Oleh:

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Muhammad Syakir M. F.

Daya tarikan sememangnya ada dalam diri setiap individu. Kerana itu Allah dengan sifatNya yang maha adil dan pemurah telah menetapkan kehebatan yang berbeza bagi kita semua. Tambahan itu, ayat popular daripada ayat ke-4 Surah at-Tin yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu dengan sebaik kejadian.” Akan tetapi, dalam kesibukan kita dalam menangani isu di sekolah/university/kolej/pejabat, antara keluarga serta masyarakat, kita kadangkala terlupa yang kita ini mempunya daya tarikan yang unik.

Apakah kepentingan daya tarikan ini? Ada lebih ribuan jawapan kepada persoalan ini.

 

 

dsc_7342.jpg
Kemas Kini Terakhir ( Khamis, 16 Jun 2011 )
Keseluruhan artikel...
 
KICK-Kem Inspirasi, Charisma&Kepemimpinan
Penilaian Pengguna: / 4

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.....
 
Untuk makluman, Tn/Pn DMFK INSPIRATIONS SDN. BHD akan mengadakan program Kem Inspirasi, CHARISMA dan Kepemimpinan yang merupakan satu inisiatif motivasi yang diterajui oleh pakar motivasi Malaysia, DATO' DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH, sempena cuti sekolah pada bulan DISEMBER ini di EXCEL TRAINING & COUNTRY RESORTS, Lenggeng N.Sembilan. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut :
 
 
 
:: TARIKH ::

4 - 6 Disember 2011     (Ahad, Isnin, Selasa)
11 - 13 Disember 2011 (Ahad, Isnin, Selasa)


:: YURAN ::

Seorang            : RM 350
Harga promosi : RM 330 seorang jika anda datang berkumpulan sebanyak 3 orang ke atas!


:: KUMPULAN SASARAN ::

- Keutamaan untuk pelajar-pelajar yang berumur dari 10 - 17 tahun.
- Untuk ibu-bapa yang mempunyai anak kurang dari 10 tahun yang berminat untuk menghantar anak anda, kami juga mengalu-alukan sekiranya anak anda:
                - Mempunyai kematangan untuk bergaul dengan pelajar-pelajar 10 tahun ke atas.
                  - Berkebolehan menguruskan diri sendiri.
                  - Mempunyai kakak atau abang yang turut sama menyertai kem ini.

 
 
:: CARA BAYARAN ::

  - Mohon kerjasama Tn/Pn untuk membuat bayaran penuh atau deposit sebanyak RM150.00
    selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh. Maklumat bayaran adalah seperti berikut :
  - Melalui MAYBANK ( 5628 3461 5352 ) atas nama DMFK INSPIRATIONS SDN.BHD 
    cawangan seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
  - Emailkan bank in slip tersebut (disertakan nama peserta, tarikh program & no IC peserta). 
  - Sekiranya Tn/Pn mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi kami
    ditalian 013-3601210 ( Syakir ) atau 017-3361984 ( Tini
).

brouchure.png

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
::
PEMBERITAHUAN KHAS ::
  - Atas sebab keselamatan/kebajikan individu dan ketiadaan pakar dari pihak kami, pelajar- 
    pelajar yang memerlukan perhatian khas/kurang upaya untuk berinteraksi dalam suasana 
    sosial, adalah tidak digalakkan menyertai program ini.
  - Pendaftaran dan pengambilan rekod tidak akan dilakukan menerusi halaman Facebook ini. 
    Sila layari http://www.facebook.com/KICK.Camp

 

Kemas Kini Terakhir ( Selasa, 15 November 2011 )
 
TRANSFORMASI SYARIKAT MENJADI ORGANISASI TERBILANG (1 hari)
Penilaian Pengguna: / 0
Pengenalan

Penjenamaan semula SYARIKAT untuk menjadi organisasi terbilang memerlukan transformasi yang bersepadu. Organisasi yang tidak berinovasi akan menjadi jumud dan tidak berdaya maju. Setiap SYARIKAT cuma boleh berubah ke arah kecemerlangan jika setiap warganya menjalani transformasi diri secara yang berimpak dan berterusan.

Menyedari hakikat ini DMFK Inspirations Sdn. Bhd. dengan bangganya menawarkan khidmat profesionalnya untuk mengendalikan kursus “Transformasi Syarikat Menjadi Organisasi Terbilang.”

Kursus ini dibentuk khas untuk pelbagai syarikat berdasarkan kajian, pemerhatian dan pengalaman menjalankan “Transformasi Diri” untuk kakitangan Shell Malaysia, Petronas, Media Prima, Maybank Islamic Banking, Bintulu Port, Keretapi Tanah Melayu, Takaful Malaysia, Sime Darby dan lain-lain agensi kerajaan dan swasta.

Objektif Kursus

Kemas Kini Terakhir ( Rabu, 25 Januari 2012 )
Keseluruhan artikel...
 
Pemantapan Profesionalisme Dalam Pekerjaan (2 hari)
Penilaian Pengguna: / 0

Tujuan

Modul latihan ini direka untuk membentuk dan memantapkan “profesionalisme dalam budaya kerja” dikalangan pekerja-pekerja di Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan persaingan mereka bagi menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan.

Objektif Kursus:

Setelah menjalani kursus ini, peserta akan dapat:

  1. Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, dan potensi diri untuk membentuk profesionalisme dalam bekerja.
  2. Memahami kaedah untuk menggerakkan perubahan diri dan seterusnya mengekalkan perubahan dalam diri bagi membentuk budaya kerja profesional.
  3. Memahami dan mengamalkan ciri-ciri pekerja dan pasukan yang cemerlang.
  4. Meningkatkan kemahiran hubungan inter-personal dan kemahiran hubungan kemanusiaan.
  5. Menyedari dan lebih peka mengenai kepentingan kerjasama dan teknik membentuk pasukan kerja yang cemerlang.

Aturcara Program

Kemas Kini Terakhir ( Rabu, 25 Januari 2012 )
Keseluruhan artikel...
 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 1 - 5 dari 20

Ikuti DMFK

  Facebookfb_like_button.png

 

Twitter twitter_button.png

Log Masuk






Hilang Katalaluan?
Belum berdaftar? Daftar

Dalam Talian

Ketika ini seramai 5 tetamu online

Negara Pengunjung

 70 % Malaysia (195805)
 21 % United States (59324)
 2 % Singapore (6331)
 < 1.0 % Brunei Darussalam (3969)
 < 1.0 % China (1967)
272214 kunjungan daripada 119 negara

Statistik Kunjungan

Hari Ini: 292
Semalam: 382
Bulan Ini: 1529
Jumlah Kunjungan: 272214

Bancian

Apa pendapat anda mengenai laman web ini?